Kempit Perut Tanpa Senam dan Ubat?
- klinikphn
- Feb 27, 2015
- 1 min read
Semua orang nak kurus dan kempiskan perut tapi tak semua orang yang betul-betul berusaha ke arah itu. Ini lima cara paling mudah nak kempis perut:
1) TIDUR MESTI CUKUP
- mengikut kajian, tidur yang cukup boleh seimbangkan paras kortisol dan tingkatkan 'circadian clock'. Kesannya, kadar metabolisma badan akan meningkat.
2) PERBETULKAN POSTUR BADAN
Berdiri dan duduk dengan postur yang betul. Bukan sahaja tahap keseksian anda meningkat tetapi postur badan yang tegak akan menarik otot perut dari mengendur.
3) BANYAKKAN MINUM AIR SUAM
lebih bagus perahkan sedikit limau (jangan taruk gula). Minum segelas ketika haus.
4) CARI JALAN UNTUK JALAN
Kajian menunjukkan, hanya dengan berjalan kaki 20 minit sehari akan membuang 1 inci di bahagian perut dalam tempoh empat minggu.
Selamat mencuba!
Commentaires