Alamat:
LK-8 Arked MARA
85000 Segamat
Johor Darul Takzim
Waktu Operasi:
Isnin-Jumaat 3pm-6pm
Hubungi:
019 748 7322 / 019 704 1644
Perkhidmatan:
-
Ceramah Kesihatan
-
Nasihat Kesihatan
-
Rawatan Homeopathy
-
Berkhatan
Apa Itu Homeopathy?

'Ubat Homeopathy diperbuat dari bahan semulajadi seperti tumbuhan, herba dan mineral. Ianya selamat digunakan untuk semua peringkat umur termasuk ibu mengandung, ibu menyusu dan kanak-kanak'
Homeopathy adalah satu sistem perubatan yang berasaskan peraturan alam semulajadi yang telah wujud sejak sekian lama tetapi hanya ditemui dan difahami sejak 200 tahun yang lalu. Peraturan tersebut difahami sebagai 'Similia Similibus Curentur' yang bermaksud apa yang menyebabkan penyakit itu juga boleh merawat.
Berdasarkan peraturan ini, Homeopathy mengguna semula simtom-simtom yang menyebabkan sesuatu penyakit sebagai penawar yang akan menyembuhkan penyakit itu. Simtom-simtom diekstrak dari pelbagai sumber seperti tumbuhan dan mineral dan disediakan dalam bentuk cecair. Namun begitu ia bukan kaedah rawatan berasaskan herba.
Kaedah perubatan Homeopathy telah diasaskan oleh seorang doktor Jerman iaitu Dr. Samuel Hahnemann pada 1796. Beliau ialah seorang doktor hospital yang tidak puas hati dengan sistem perubatan yang diamalkan, kerana ubat-ubatanya banyak mendatangkan kesan sampingan kepada pesakit. Beliau telah menjalankan pelbagai ujikaji ke atas badan manusia sendiri dan hasil ujikaji ini memberikan keputusan yang lebih tepat berbanding kaedah konvensional yang menggunakan haiwan sebagai bahan ujikaji.
Kelebihan Homeopathy
Sejarah telah membuktikan bahawa penawar-penawar Homeopathy mempunyai ketetapan daya penyembuhan. Ini berbeza dengan ubat-ubat moden yang biasanya digunakan untuk beberapa lama, tetapi apabila ditemui kesan sampingan, ia akan diketepikan dan digantikan dengan ubat-ubat baru yang lebih berkesan dan selamat. Akan tetapi, penawar-penawar Homeopathy tidak akan berubah penggunaannya. Penawar yang digunakan pada zaman Dr. Samuel Hahnemann masih digunakan sekarang dan akan terus digunakan untuk masa hadapan.
Selamat Digunakan
Rawatan Homeopathy adalah selamat dan diiktiraf oleh Badan Kesihatan Sedunia (WHO). Ia sesuai untuk bayi, kanak-kanak, ibu mengandung, ibu menyusu, pekerja dan warga emas.
Pada waktu ini, semakin ramai ahli masyarakat memilih perubatan ini sebagai alternatif kepada sistem perubatan konvensional yang sedia maklum menggunakan dadah (drug). Perubatan ini juga digunakan sebagai sokongan kepada jenis perubatan lain.
