top of page
Search

Bahaya Minum Teh Panas Dan Teh Ais Yang Mesti Kita Tahu

  • klinikphn
  • Mar 6, 2015
  • 2 min read

tehtarik.jpg

Bahaya Minum Teh Panas Hasil kajian terbaru oleh peneliti Iran mengatakan, meminum teh dalam keadaan masih panas berpotensi menjadi punca barah kerongkong... Reza Malekzadeh dari Tehran University meneliti 300 orang yang kebiasaan minum didiagnosis mengidap barah kerongkong, sementara 571 orang lainnya dalam keadaan sehat. Mereka semua berasal dari daerah yang sama, di negeri Golestan, di Iran Utara. Golestan merupakan salah satu daerah dengan tahap barah kerongkong tertinggi di dunia walaupun jumlah yang merokok dan meminum alkohol sangat rendah. Kajian juga mengatakan orang yang selalu meminum teh kurang dari 2minit setelah dituang, berisiko meransang perkembangan barah menjadi lebih cepat jika dibandingkan dengan mereka yang menunggu 4minit atau lebih. Tidak ada keterangan pasti seberapa panas suhu teh yang menyebabkan barah, namun peneliti menyimpulkan luka akibat panas dari teh akan menyebabkan iritasi kerongkong... Bahaya Minum Teh Ais Teh ais sepertinya memang menjadi kegemaran ramai dan iannya mudah untuk kita temui baik diwarung pinggir jalan hingga restoran mewah pun menyediakan teh ais sebagai salah satu menu minumannya. Tapi tahukah anda, di sebalik nikmatnya, teh ais menyimpan potensi membahayakan kesihatan. Penelitian Loyola University Chicago Stritch School of Medicine mengatakan,pengambilan teh ais berlebihan mampu meningkatkan risiko penyakit batu karang... Teh ais mepunyai kandungan oksalat yang tinggi, salah satu bahan kimia yang menjadi punca pembentukan batu ginjal. “Bagi mereka yang memiliki kecenderungan sakit batu karang, teh ais merupakan minuman berbahaya,” kata Dr John Milner, pembantu Profesor Departemen Urologi... Oleh kerana itu, Milner menyarankan, mengganti pengambilan teh ais dengan air putih, atau mencampurnya dengan lemon. Lemon kaya kandungan asid sitrik, dapat menghalang pertumbuhan batu karang... Batu karang adalah kristal kecil yang terbentuk dari mineral dan garam yang biasanya terdapat dalam ginjal atau saluran pundi kencing. Mineral tak terpakai itu umumnya akan keluar dari tubuh bersama urin, tapi dalam kondisi tertentu akan mendap dan membentuk batuan di dalam saluran pundi kencing .... Bukan tak boleh minum langsung, tapi pandai pandailah menghadkan dan mengawal cara kita mengambil minuman tersebut....

- artikel asal dari cahayacintakudotcom


 
 
 

Recent Posts

See All
Kempit Perut Tanpa Senam dan Ubat?

Semua orang nak kurus dan kempiskan perut tapi tak semua orang yang betul-betul berusaha ke arah itu. Ini lima cara paling mudah nak...

 
 
 

Comments


Archive

KLINIK PHN

LK-8 Arked MARA 85000 Segamat

JOHOR.

HOTLINE:
019 748 7322

019 704 1644

 

EMAIL:
ninggalbaba@gmail.com

 

WAKTU OPERASI:

Isnin-Jumaat 3pm-6pm

FOLLOW KAMI:

  • Wix Facebook page
  • Instagram App Icon

PERKHIDMATAN:

  • Ceramah Kesihatan

  • Nasihat Kesihatan

  • Rawatan Homeopathy

  • Berkhatan

 

 

© 2015 DrPHN.com - Penawar Homeopathy Neng Segamat

bottom of page